Kamu tidak sudah-sudah lagikah bertengkar dengan anak perempuanku, wahai al-Humaira?

TEKS BAHASA ARAB

ما أنت بمنتهية يا حميراء عن ابنتي؟ إن مثلي ومثلك كأبي زرع مع أم زرع .

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kamu tidak sudah-sudah lagikah bertengkar dengan anak perempuanku, wahai al-Humaira? Perumpamaan aku dan kamu adalah seperti Abu Zar‘ dengan Ummu Zar‘.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1121, hadis nombor 5659. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن الأسود بن جبر المغافري قال: دخل رسول الله صلى الله عليه وسلم على عائشة وفاطمة وقد جرى بينهما كلام فقال: ما أنت بمنتهية يا حميراء عن ابنتي؟ إن مثلي ومثلك كأبي زرع مع أم زرع. [أخرجه أبو القاسم عبد الحكيم بن حبان، الضعيفة (6532)].

(Munkar) Daripada al-Aswad bin Jabr al-Mughafiri, beliau menceritakan : Rasulullah SAW bertemu dengan ‘Aishah dan Fatimah yang sedang bertengkar, lalu bersabda: Kamu tidak sudah-sudah lagikah bertengkar dengan anak perempuanku, wahai al-Humaira? Perumpamaan aku dan kamu adalah seperti Abu Zar‘ dengan Ummu Zar‘. [Riwayat Abu al-Qasim ‘Abd al-Hakim bin Hibban. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6532]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs