TEKS BAHASA ARAB
لا تكون زاهداً حتى تكون متواضعاً.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Kamu tidak dapat menjadi seorang yang zuhud sehinggalah kamu menjadi seorang yang tawaduk.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 94, hadis nombor 480. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن عبد الله بن مسعود – رضي الله عنه – مرفوعا: لا تكون زاهداً؛ حتى تكون متواضعاً.
[حل، عد، طب، ((الضعيفة)) (4794)]
(Lemah)
Daripada ‘Abdullah ibn Mas‘ūd RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Kamu tidak dapat menjadi seorang yang zuhud sehinggalah kamu menjadi seorang yang tawaduk.”
[Diriwayatkan oleh Abū Nu‘aym dalam al-Ḥilyah, Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil, al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4794]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.