Kamu sudah cukup berdosa kerana kamu sentiasa bermusuhan

TEKS BAHASA ARAB

كفى بك إثما أن لا تزال مخاصما.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kamu sudah cukup berdosa apabila kamu sentiasa bermusuhan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 79, hadis nombor 389. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس – رضي الله عنهما – رفعه: ((كفى بك إثما أن لا تزال مخاصما)). [ت، هب، طب، ((الضعيفة)) (4096)].

(Lemah)
Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Kamu sudah cukup berdosa apabila kamu sentiasa bermusuhan.))
[Riwayat al-Tirmiẓi dalam Sunannya, al-Bayhaqi dalam al-Sunan al-Kubra, dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4096]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs