Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كَفَى بِكَ إِثْماً أَنْ لَا تَزَالُ مُخَاصِماً.
Teks Bahasa Melayu
Kamu sudah cukup berdosa apabila kamu sentiasa bermusuhan.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 79, hadis no. 389. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس - رضي الله عنهما - رفعه: ((كفى بك إثما أن لا تزال مخاصما)). [ت، هب، طب، ((الضعيفة)) (4096)].
(Daif) Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Kamu sudah cukup berdosa apabila kamu sentiasa bermusuhan.)) [Riwayat al-Tirmiẓi dalam Sunannya, al-Bayhaqi dalam al-Sunan al-Kubra, dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4096]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman