Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Kamu semua bertolak mewakili aku sebagai satu kumpulan

Teks Bahasa Arab

لما قدم رسول الله صلى الله عليه وسلم المدينة، جاءته جهينة فقالوا: إنك قد نزلت بين أظهرنا، فأوثق لنا حتى نأتيك وتؤمنا، فأوثق لهم، فأسلموا، قال: فبعثنا رسول الله صلى الله عليه وسلم في رجب، ولا نكون مائة، وأمرنا أن نغير على حي من بني كنانة إلى جنب جهينة، فأغرنا عليهم، وكانوا كثيراً، فلجأنا إلى جهينة، فمنعونا، وقالوا: لم تقاتلون في الشهر الحرام ؟ فقلنا: إنما نقاتل من أخرجنا من البلد الحرام في الشهر الحرام، فقال بعضنا لبعض: ما ترون ؟ فقال بعضنا: نأتي نبي الله صلى الله عليه وسلم فنخبره، وقال قوم: لا، بل نقيم ههنا، وقلت أنا في أناس معي: لا ؛ بل تأتي عير قريش فنقتطعها، فانطلقنا إلى العير، وكان الفيء إذ ذاك من أخذ شيئاً فهو له، فانطلقنا إلى العير وانطلق أصحابنا إلى النبي صلى الله عليه وسلم وأخبروه الخبر، فقام غضباناً محمرّ الوجه، فقال: أذهبتم من عندي جميعاً وجئتم متفرقين ؟ إنّما أهلَك مَن كان قبلكم الفرقة. لأبعثن عليكم رجلاً ليس بخيركم، أصبركم على الجوع والعطش. فبعث علينا عبدالله بن جحش الأسدي، فكان أول أمير أمر في الإسلام.

Teks Bahasa Melayu

Apabila Rasulullah SAW tiba di Madinah, Bani Juhainah datang kepadanya. Mereka berkata: Sesungguhnya engkau sudah datang kepada kami, buatlah kami percaya sehingga kami datang kepada engkau dan beriman. Nabi SAW membuat mereka percaya dan memeluk Islam. Lalu Rasulullah SAW mengutuskan kami pada bulan Rejab, bilangan kami tidak sampai 100, dan baginda memerintahkan kami menukar haluan dari perkampungan Bani Kinanah ke perkampungan Juhainah, kemudian kami memasuki kawasan mereka, kami mendapati jumlahnya ramai, kami menuju Bani Juhainah dan mereka menghalang kami. Dan mereka bertanya: Mengapakah berperang di bulan haram? Lalu kami menjawab: Kami memerangi orang yang mengusir kami dari tanah haram di bulan haram. Kami mula mempersoalkannya di antara kami: Apa pendapat kamu? Sebahagian dari kami memberi pendapat untuk memberitahu Nabi SAW mengenai hal ini. Majoriti dari kami berpendapat: Tidak. Bahkan kita akan berkampung di sini. Dan aku berkata (Sa’d bin Abu Waqqas) kepada orang-orang yang bersama aku: Tidak, kita akan ke sumber Quraisy dan merampasnya. Dan kami menujunya. Ketika itu, sesiapa yang berjaya mendapatkan harta rampasan perang, maka ia menjadi hak miliknya. Sekumpulan dari kami menuju Nabi SAW untuk memberitahu berita itu. Baginda bangun dengan wajah kemerahan lalu bersabda: Kamu semua bertolak mewakili aku sebagai satu kumpulan dan datang kembali berpecah-pecah? Sesungguhnya celakalah orang sebelum engkau yang berpecah-pecah. Aku akan utuskan orang lain yang tidaklah sebaik kamu semua, tetapi lagi sabar dari kamu semua pada soal lapar dan dahaga. Lalu diutuskan Abdullah bin Jahsh menggantikan kami, dan dialah antara panglima dalam urusan agama Islam.

Sahabat Perawi

  1. Sa'ad bin Abu Waqqas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1816, hadis no. 9152. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن سعد بن أبي وقاص -رضي الله عنه-، قال: لما قدم رسول الله صلى الله عليه وسلم المدينة، جاءته جهينة فقالوا: إنك قد نزلت بين أظهرنا، فأوثق لنا حتى نأتيك وتؤمنا، فأوثق لهم، فأسلموا، قال: فبعثنا رسول الله صلى الله عليه وسلم في رجب، ولا نكون مائة، وأمرنا أن نغير على حي من بني كنانة إلى جنب جهينة، فأغرنا عليهم، وكانوا كثيراً، فلجأنا إلى جهينة، فمنعونا، وقالوا: لم تقاتلون في الشهر الحرام ؟ فقلنا: إنما نقاتل من أخرجنا من البلد الحرام في الشهر الحرام، فقال بعضنا لبعض: ما ترون ؟ فقال بعضنا: نأتي نبي الله صلى الله عليه وسلم فنخبره، وقال قوم: لا، بل نقيم ههنا، وقلت أنا في أناس معي: لا ؛ بل تأتي عير قريش فنقتطعها، فانطلقنا إلى العير، وكان الفيء إذ ذاك من أخذ شيئاً فهو له، فانطلقنا إلى العير وانطلق أصحابنا إلى النبي صلى الله عليه وسلم وأخبروه الخبر، فقام غضباناً محمرّ الوجه، فقال: أذهبتم من عندي جميعاً وجئتم متفرقين ؟ إنّما أهلَك مَن كان قبلكم الفرقة. لأبعثن عليكم رجلاً ليس بخيركم، أصبركم على الجوع والعطش. فبعث علينا عبدالله بن جحش الأسدي، فكان أول أمير أمر في الإسلام. [حم، عم، ((الضعيفة)) (2729)]

(Lemah) Daripada Sa’d bin Abu Waqqas berkata: Apabila Rasulullah SAW tiba di Madinah, Bani Juhainah datang kepadanya. Mereka berkata: Sesungguhnya engkau sudah datang kepada kami, buatlah kami percaya sehingga kami datang kepada engkau dan beriman. Nabi SAW membuat mereka percaya dan memeluk Islam. Lalu Rasulullah SAW mengutuskan kami pada bulan Rejab, bilangan kami tidak sampai 100, dan baginda memerintahkan kami menukar haluan dari perkampungan Bani Kinanah ke perkampungan Juhainah, kemudian kami memasuki kawasan mereka, kami mendapati jumlahnya ramai, kami menuju Bani Juhainah dan mereka menghalang kami. Dan mereka bertanya: Mengapakah berperang di bulan haram? Lalu kami menjawab: Kami memerangi orang yang mengusir kami dari tanah haram di bulan haram. Kami mula mempersoalkannya di antara kami: Apa pendapat kamu? Sebahagian dari kami memberi pendapat untuk memberitahu Nabi SAW mengenai hal ini. Majoriti dari kami berpendapat: Tidak. Bahkan kita akan berkampung di sini. Dan aku berkata (Sa’d bin Abu Waqqas) kepada orang-orang yang bersama aku: Tidak, kita akan ke sumber Quraisy dan merampasnya. Dan kami menujunya. Ketika itu, sesiapa yang berjaya mendapatkan harta rampasan perang, maka ia menjadi hak miliknya. Sekumpulan dari kami menuju Nabi SAW untuk memberitahu berita itu. Baginda bangun dengan wajah kemerahan lalu bersabda: Kamu semua bertolak mewakili aku sebagai satu kumpulan dan datang kembali berpecah-pecah? Sesungguhnya celakalah orang sebelum engkau yang berpecah-pecah. Aku akan utuskan orang lain yang tidaklah sebaik kamu semua, tetapi lagi sabar dari kamu semua pada soal lapar dan dahaga. Lalu diutuskan Abdullah bin Jahsh menggantikan kami, dan dialah antara panglima dalam urusan agama Islam. [Riwayat Ahmad dalam al-Musnad, Abdullah bin Ahmad dalam Zawaid al-Musnad. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 2729]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.