Kamu semua adalah Harith dan kamu semua adalah Hammam

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كلكم حارث وكلكم همام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kamu semua adalah Harith dan kamu semua adalah Hammam.

STATUS

Tidak Diketahui

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 69, hadis nombor 282. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ذكره الحريري في صدر مقاماته والوارد ما عند أبي داود والنسائي عن أبي وهب الجشمي، وكانت له صحبة: "تسموا بأسماء الأنبياء وأحب الأسماء إلى الله عبد الله وعبد الرحمن وأصدقها حارت وهمام وأقبحها حرب ومرة". قال المنذري: "وإنما كان حارث وهمام أصدق الأسماء لأن الحارث هو الكاسب والهمام هو الذي يهم مرة بعد أخرى وكل إنسان لا ينفك عن هذين".

Al-Hariri menyebutnya dalam Maqamat beliau dan hadith yang warid dalam riwayat Abu Dawud dan al-Nasa’ei daripada Abu Wahb al-Jashmi, beliau sempat bergelar sahabat: "Berikanlah nama dengan nama-nama para Nabi, dan nama yang paling disukai oleh Allah adalah ‘Abdullah dan ‘Abd al-Rahman. Nama yang paling benar adalah Harith dan Hammam, nama paling buruk adalah Harb dan Murrah". Al-Munziri berkata: "Nama Harith dan Hammam menjadi nama yang paling benar adalah kerana al-Harith bermaksud orang yang berusaha dan al-Hammam pula adalah sentiasa menitik beratkan. Kesemua insan tidak akan lari daripada dua sifat ini".

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.