Tidak Diketahui
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كلكم حارث وكلكم همام.
Teks Bahasa Melayu
Kamu semua adalah Harith dan kamu semua adalah Hammam.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)
Status
Tidak Diketahui
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 69, hadis no. 282. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
ذكره الحريري في صدر مقاماته والوارد ما عند أبي داود والنسائي عن أبي وهب الجشمي، وكانت له صحبة: "تسموا بأسماء الأنبياء وأحب الأسماء إلى الله عبد الله وعبد الرحمن وأصدقها حارت وهمام وأقبحها حرب ومرة". قال المنذري: "وإنما كان حارث وهمام أصدق الأسماء لأن الحارث هو الكاسب والهمام هو الذي يهم مرة بعد أخرى وكل إنسان لا ينفك عن هذين".
Al-Hariri menyebutnya dalam Maqamat beliau dan hadith yang warid dalam riwayat Abu Dawud dan al-Nasa'ei daripada Abu Wahb al-Jashmi, beliau sempat bergelar sahabat: "Berikanlah nama dengan nama-nama para Nabi, dan nama yang paling disukai oleh Allah adalah 'Abdullah dan 'Abd al-Rahman. Nama yang paling benar adalah Harith dan Hammam, nama paling buruk adalah Harb dan Murrah". Al-Munziri berkata: "Nama Harith dan Hammam menjadi nama yang paling benar adalah kerana al-Harith bermaksud orang yang berusaha dan al-Hammam pula adalah sentiasa menitik beratkan. Kesemua insan tidak akan lari daripada dua sifat ini".
Rujukan
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
Makluman