Kamu sedang berada di salah satu titik lemah Islam, maka janganlah sesekali ia diserahkan dari arahmu

TEKS BAHASA ARAB

أنت على ثغرة من ثغر الإسلام، فلا يؤتين من قبلك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kamu sedang berada di salah satu titik lemah Islam, maka janganlah sesekali ia diserahkan dari arahmu.

STATUS

Tidak didapati dengan lafaz ini

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 452, hadis nombor 2420. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(لم أجده بهذا اللفظ): «أنت على ثغرة من ثغر الإسلام، فلا يؤتين من قبلك». [نحوه عند المروزي في «السنة»، «الضعيفة» (1165)].

(Aku Tidak Mendapatinya Dengan Lafaz Ini): "Kamu sedang berada di salah satu titik lemah Islam, maka janganlah sesekali ia diserahkan dari arahmu." [Riwayat seumpamnya ada di sisi al-Marwazi dalam al-Sunnah. Lihat Silsilah Da’ifah, no. 1165].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs