Kamu saudaraku di dunia dan akhirat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أنت أخي في الدنيا والآخرة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kamu saudaraku di dunia dan akhirat.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1783, hadis nombor 8973. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عمر –رضي الله عنهما- قال: لما ورد رسول الله ﷺ المدينة: آخى رسولُ اللَّهِ ﷺ بينَ أصحابِهِ فجاءَ عليٌّ –رضي الله عنه- تدمعُ عيناهُ فقالَ: يا رسولَ اللَّهِ آخيتَ بينَ أصحابِكَ ولم تؤاخِ بيني وبينَ أحدٍ فقالَ لَهُ رسولُ اللَّهِ ﷺ: "أنتَ أخي في الدُّنيا والآخرة". [ت، عد، ك، ((الضعيفة))(351)]

(Palsu)
Daripada Ibn Umar RA, beliau berkata: Ketika Rasulullah SAW tiba di Madinah, baginda mempersaudarakan antara para sahabat baginda lalu Ali RA datang kepada baginda dalam keadaan kedua-dua matanya berlinangan air mata lalu beliau berkata: “Wahai Rasulullah, kamu mempersaudarakan antara para sahabatmu sedangkan kamu tidak mempersaudarakan antara aku dengan seorangpun. Lalu Rasulullah SAW bersabda kepadanya: “Kamu saudaraku di dunia dan akhirat.” [Riwayat al-Tirmizi dalam Sunannya, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Du‘afa’ dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 351]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.