Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أنتَ أخِي في الدنيَا والآخِرَةِ.
Teks Bahasa Melayu
Kamu saudaraku di dunia dan akhirat.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1783, hadis no. 8973. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عمر –رضي الله عنهما- قال: لما ورد رسول الله ﷺ المدينة: آخى رسولُ اللَّهِ ﷺ بينَ أصحابِهِ فجاءَ عليٌّ –رضي الله عنه- تدمعُ عيناهُ فقالَ: يا رسولَ اللَّهِ آخيتَ بينَ أصحابِكَ ولم تؤاخِ بيني وبينَ أحدٍ فقالَ لَهُ رسولُ اللَّهِ ﷺ: "أنتَ أخي في الدُّنيا والآخرة". [ت، عد، ك، ((الضعيفة))(351)]
(Palsu) Daripada Ibn Umar RA, beliau berkata: Ketika Rasulullah SAW tiba di Madinah, baginda mempersaudarakan antara para sahabat baginda lalu Ali RA datang kepada baginda dalam keadaan kedua-dua matanya berlinangan air mata lalu beliau berkata: “Wahai Rasulullah, kamu mempersaudarakan antara para sahabatmu sedangkan kamu tidak mempersaudarakan antara aku dengan seorangpun. Lalu Rasulullah SAW bersabda kepadanya: “Kamu saudaraku di dunia dan akhirat.” [Riwayat al-Tirmizi dalam Sunannya, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Du‘afa’ dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 351]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman