TEKS BAHASA ARAB
حديث: أنه قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم، لعلى حين خرج إلى غزوة تبوك، وخلف عليا بالمدينة، فقال له: تخلفني مع النساء والصبيان؟ فقال له: إن المدينة لا تصلح إلا بي أو بك، وأنت مني بمنزلة هرون من موسى، إلا أنه لا نبي بعدي.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Nabi SAW bersabda kepada Ali mungkin ketika keluar ke perang Tabuk dan menjadikan Ali sebagai pengganti di Madinah lalu Ali berkata: Kamu menjadikan aku pengganti duduk bersama para wanita dan kanak-kanak? Lalu Nabi SAW bersabda kepada beliau : Madinah itu hanya layak untuk aku atau kamu, kamu itu di sisiku adalah seperti Harun di sisi Musa namun tiada lagi Nabi selepas aku.
STATUS
Batil
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 356, hadis nombor 53. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه ابن حبان، عن سعد بن أبي وقاص مرفوعا. وقال: باطل، في إسناده حفص بن عمر الأبلي، كذاب، يحدث عن الأئمة بالبواطيل.ورواه الحاكم في المستدرك، من حديث علي رضي الله عنه، وقال: صحيح الإسناد، وتعقبه الذهبي بأن في إسناده حكيم بن جبير، وهو ضعيف، وعبد الله ابن بكر الغنوي، وهو منكر الحديث. وقد رواه ابن حبان من غير طريقه، عن عائشة مرفوعا، وفي إسناده: الحسن بن علي العدوي، وقال: إنه الذي وضعه. وقد رواه ابن النجار من غير طريقه . أما أصل الحديث، وهو قوله: أنت مني بمنزلة هارون من موسى، فهو في الصحيحين وغرهما.
Diriwayatkan oleh Ibn Hibban daripada Sa’d bin Abi Waqqas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Dia berkata: Batil, pada sanadnya terdapat Hafs bin Umar al-Ubulli, seorang pendusta. Dia meriwayatkan daripada para imam dengan hadith-hadith yang batil. Diriwayatkan oleh al-Hakim di dalam al-Mustadrak, daripada hadith Ali RA, dan dia berkata: Sanadnya sahih. Al-Zahabi memberikan komentar bahawa pada sanadnya terdapat Hakim bin Jubair, dia seorang yang dhaif, dan Abdullah bin Bakr al-Ghanawi, dia seorang munkar al-hadith. Ibn Hibban juga meriwayatkannya daripada jalan yang selainnya, daripada ‘Aisyah secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Pada sanadnya terdapat: Al-Hasan bin ‘Ali al-‘Adawi, dia berkata: Sesungguhnya dialah yang memalsukannya. Ibn al-Najjar juga meriwayatkannya daripada jalan yang selainnya. Adapun lafaz asal hadith iaitu: Kamu padaku adalah seperti Harun pada Musa, ada di dalam dua kitab Sahih dan selainnya.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.