Batil
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: أنه قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ، لَعَلَّى حِينَ خَرَجَ إِلَى غَزْوَةِ تَبُوكَ، وَخَلَّفَ علياً بالمدينة، فقال لَهُ: تُخَلِّفُنِي مَعَ النِّسَاءِ وَالصِّبْيَانِ؟ فَقَالَ لَهُ: إِنَّ الْمَدِينَةَ لا تَصْلُحُ إِلا بِي أَوْ بِكَ، وأنت مني بمنزلة هرون مِنْ مُوسَى، إِلا أَنَّهُ لا نبي بعدي.
Teks Bahasa Melayu
Hadith: Nabi SAW bersabda kepada Ali mungkin ketika keluar ke perang Tabuk dan menjadikan Ali sebagai pengganti di Madinah lalu Ali berkata: Kamu menjadikan aku pengganti duduk bersama para wanita dan kanak-kanak? Lalu Nabi SAW bersabda kepada beliau : Madinah itu hanya layak untuk aku atau kamu, kamu itu di sisiku adalah seperti Harun di sisi Musa namun tiada lagi Nabi selepas aku.
Sahabat Perawi
- ‘Aisyah RA
- Sa'ad bin Abi Waqqas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Batil
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 356, hadis no. 53. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Diriwayatkan oleh Ibn Hibban daripada Sa’d bin Abi Waqqas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Dia berkata: Batil, pada sanadnya terdapat Hafs bin Umar al-Ubulli, seorang pendusta. Dia meriwayatkan daripada para imam dengan hadith-hadith yang batil. Diriwayatkan oleh al-Hakim di dalam al-Mustadrak, daripada hadith Ali RA, dan dia berkata: Sanadnya sahih. Al-Zahabi memberikan komentar bahawa pada sanadnya terdapat Hakim bin Jubair, dia seorang yang dhaif, dan Abdullah bin Bakr al-Ghanawi, dia seorang munkar al-hadith. Ibn Hibban juga meriwayatkannya daripada jalan yang selainnya, daripada 'Aisyah secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW). Pada sanadnya terdapat: Al-Hasan bin 'Ali al-'Adawi, dia berkata: Sesungguhnya dialah yang memalsukannya. Ibn al-Najjar juga meriwayatkannya daripada jalan yang selainnya. Adapun lafaz asal hadith iaitu: Kamu padaku adalah seperti Harun pada Musa, ada di dalam dua kitab Sahih dan selainnya.
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman