Kamu mengambil dunia untuk mengisi perutmu?

TEKS BAHASA ARAB

يا عائشة! أتخذت الدنيا بطنك؟! أكثر من أكلة كل يوم سرف، والله لا يحب المسرفين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai ‘Aisyah! Kamu mengambil dunia untuk mengisi perutmu? Sesungguhnya makan lebih daripada sekali pada setiap hari ialah suatu pembaziran, dan Allah tidak menyukai orang-orang yang membazir.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2044, hadis nombor 10287. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن عائشة -رضي الله عنها- قالت: رآني رسول الله – صلى الله عليه وسلم وأنا آكل في يوم مرتين فقال يا عائشةُ! أتخذتِ الدنيا بطنكِ؟! أكثرُ من أكلةٍ كلَّ يومٍ سرفٌ، واللهُ لا يحب المسرفين.
[هب، ((الضعيفة)) (5362)]

(Palsu)
Daripada ‘Aisyah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW melihat aku apabila aku makan sebanyak dua kali pada suatu hari, lalu Baginda bersabda: Wahai ‘Aisyah! Kamu mengambil dunia untuk mengisi perutmu? Sesungguhnya makan lebih daripada sekali pada setiap hari ialah suatu pembaziran, dan Allah tidak menyukai orang-orang yang membazir.
[Riwayat al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5362]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs