TEKS BAHASA ARAB
تسمونهم محمدا ثم تسبونهم!!.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Kamu menamakannya Muhammad lalu kamu mencacinya!.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 937, hadis nombor 4824. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن أنس – رضي الله عنه – مرفوعا: ((تسمونهم محمداً ثم تسبونهم!!)).
[ع، الطيالسي، البزار، ك، ابن بكير في ((فضائل من اسمه أحمد ومحمد))، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، عق، عد، ((الضعيفة)) (3403)].
(Lemah)
Diriwayatkan daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW):Kamu menamakannya Muhammad lalu kamu mencacinya!.
[Riwayat Musnad Abi Ya’la, al Tayalasi, al Barraz, Mustadrak al Hakim, Ibn Bakir di dalam Fadhail min Ismihi Ahmad wa Muhammad, Abu Naim dalam Akhbar Asbahan, al-‘Uqaili dalam al-Dhu’afa al-Kabir, Ibnu ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa’. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.3403].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.