Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
تَسُمُّونَهُمْ محمداً ثم تَسُبُّونَهُمْ!!.
Teks Bahasa Melayu
Kamu menamakannya Muhammad lalu kamu mencacinya!.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 937, hadis no. 4824. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس - رضي الله عنه - مرفوعا: تسمونهم محمداً ثم تسبونهم!!. [ع، الطيالسي، البزار، ك، ابن بكير في فضائل من اسمه أحمد ومحمد، أبو نعيم في أخبار أصبهان، عق، عد، الضعيفة (3403)].
(Lemah) Diriwayatkan daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW):Kamu menamakannya Muhammad lalu kamu mencacinya!. [Riwayat Musnad Abi Ya’la, al Tayalasi, al Barraz, Mustadrak al Hakim, Ibn Bakir di dalam Fadhail min Ismihi Ahmad wa Muhammad, Abu Naim dalam Akhbar Asbahan, al-‘Uqaili dalam al-Dhu’afa al-Kabir, Ibnu ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa’. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.3403].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman