Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ما أنتَ بمُنْتَهٍ يا عمرُ؟
Teks Bahasa Melayu
Kamu ini tidak serik-serik lagikah, wahai ‘Umar?
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1962, hadis no. 9814. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Munkar) Daripada Ibn Abbas, beliau berkata: Aku bertanya ‘Umar RA: Mengapa kamu dinamakan sebagai al-Faruq (pemisah)? Beliau menjawab: Hamzah telah memeluk Islam tiga hari sebelumku. Kemudian Allah melapangkan dadaku untuk menerima Islam. Maka aku mengucapkan bahawa tiada yang berhak untuk disembah melainkan Allah, Dia memiliki nama-nama yang baik. Tidak ada manusia yang paling aku cintai dalam dunia melainkan Rasulullah SAW. Aku pun bertanya: Di manakah Rasulullah SAW? Lalu adik perempuanku memberitahu bahawa Baginda berada di rumah al-Arqam bin Abu al-Arqam di bukit Safa. Maka aku pun menuju ke rumah al-Arqam. Aku dapati Hamzah dan para sahabat yang lain ada bersama Baginda. Aku pun ketuk muka pintu, lalu para sahabat lain berkerumun di sebuah sudut. Hamzah bertanya: ‘Kenapa dengan kamu semua?’ Mereka menjawab: ‘Umar yang datang! Rasulullah SAW segera keluar, lalu mencekak bajunya sehingga ‘Umar terjatuh di atas dua lututnya, lalu Baginda bertanya: Kamu ini tidak serik-serik lagikah, wahai ‘Umar? ‘Umar berkata: Aku bersaksi bahawa tidak ada yang berhak disembah melainkan Allah semata-mata, tiada sekutu bagi-Nya. Dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan utusan-Nya. Bergema rumah al-Arqam dengan takbir para sahabat sehingga didengari oleh orang yang berada di masjid. ‘Umar berkata: Wahai Rasulullah, bukankah kita ini di pihak yang benar, sama ada kita mati atau pun kita hidup? Baginda SAW menjawab: Benar. Demi yang jiwaku berada dalam tangan-Nya, kalian sudah berada atas kebenaran, sama ada kalian mati atau hidup. ‘Umar bertanya: Lalu, mengapakah kita masih bersembunyi? Demi yang mengutuskan kamu dengan kebenaran, kamu akan keluar! Maka kami keluar dalam dua saf. Hamzah di satu saf dan ‘Umar di satu saf. Debu-debu tanah berterbangan seperti debu tepung dalam perjalanan mereka ke masjid. Setibanya di masjid, orang Quraisy memandang ‘Umar, kemudian memandang Hamzah, lalu mereka ditimpa ketakutan yang mana tidak pernah ketakutan seperti itu menimpa mereka. Sejak hari itu, Rasulullah SAW menggelarkanku sebagai al-Faruq, kerana Allah telah membezakan antara hak dan batil melalui ‘Umar. [Riwayat Abu Nu‘aim dalam Hilyah al-Awliya’. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 6531]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman