TEKS BAHASA ARAB
حديث: أنه قال صلى الله عليه وآله وسلم لعلي: أنت وأصحابك في الجنة، أنت وشيعتك في الجنة، ألا إن ممن يحبك قوم يصفون الإسلام بألسنتهم، ويقرءون القرآن لا يتجاوز تراقيهم، لهم نبز، يسمون الرافضة، فإذا لقيتهم فجاهدهم، فإنهم مشركون، قالوا: يا رسول الله: ما علامة ذلك؟ قال: يتركون الجمعة والجماعة، ويطعنون في السلف الأول.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Nabi SAW berkata pada Ali: Kamu dan sahabat-sahabat kamu di syurga. Kamu dan pengikut kamu juga di syurga. Ketahuilah, sesungguhnya golonhan yang mencintai kammu adalah kaum yang menyifatkan Islam dengan lisan mereka. Mereka membaca al-Quran namun bacaan tersebut tidak melepasi tulang selangka mereka. Mereka dinamakan Al-Rafidhah. Jika kamu menemui mereka maka perangilah mereka kerana mereka adalah orang Musyrik. Mereka berkata: Wahai Rasulullah, apakah tanda yang demikian itu? Baginda bersabda: Mereka meninggalkan Jumaat dan jemaah, mereka mencela generasi yang awal.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 380-381, hadis nombor 88. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه الخطيب عن أم سلمة مرفوعا، وفي إسناده: سوار بن مصعب، وهو متروك.
Diriwayatkan oleh al-Khatib daripada Ummu Salamah secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Pada sanadnya terdapat Suwwar bin Mus’ab, dia adalah seorang matruk (ditinggalkan riwayatnya).
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.