Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: أنَّهُ قَالَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وآله وسلم لِعَلِيٍّ: أَنْتَ وَأَصْحَابُكَ فِي الْجَنَّةِ، أنت وَشِيعَتُكَ فِي الْجَنَّةِ، أَلا إِنَّ مِمَّنْ يُحِبُّكَ قَوْمٌ يَصِفُونَ الإِسْلامَ بِأَلْسِنَتِهِمْ، وَيَقْرَءُونَ الْقُرْآنَ لا يَتَجَاوَزُ تراقيهم، لهم نبز، يسمون الرافضة، فإذا لقيتهم فَجَاهِدْهُمْ، فَإِنَّهُمْ مُشْرِكُونَ، قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ: مَا عَلامَةُ ذَلِكَ؟ قَالَ: يَتْرُكُونَ الْجُمُعَةَ وَالْجَمَاعَةَ، وَيَطْعَنُونَ فِي السَّلَفِ الأَوَّلِ.
Teks Bahasa Melayu
Hadith: Nabi SAW berkata pada Ali: Kamu dan sahabat-sahabat kamu di syurga. Kamu dan pengikut kamu juga di syurga. Ketahuilah, sesungguhnya golonhan yang mencintai kammu adalah kaum yang menyifatkan Islam dengan lisan mereka. Mereka membaca al-Quran namun bacaan tersebut tidak melepasi tulang selangka mereka. Mereka dinamakan Al-Rafidhah. Jika kamu menemui mereka maka perangilah mereka kerana mereka adalah orang Musyrik. Mereka berkata: Wahai Rasulullah, apakah tanda yang demikian itu? Baginda bersabda: Mereka meninggalkan Jumaat dan jemaah, mereka mencela generasi yang awal.
Sahabat Perawi
- Ummu Salamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 380-381, hadis no. 88. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه الخطيب عن أم سلمة مرفوعا، وفي إسناده: سوار بن مصعب، وهو متروك.
Diriwayatkan oleh al-Khatib daripada Ummu Salamah secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Pada sanadnya terdapat Suwwar bin Mus’ab, dia adalah seorang matruk (ditinggalkan riwayatnya).
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman