TEKS BAHASA ARAB
حديث: إنه صلى الله عليه وآله وسلم قال لعلي: أنت وشيعتك في الجنة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Nabi SAW berkata pada Ali: Kamu dan pengikutmu di syurga.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 380, hadis nombor 87. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه الخطيب عن علي مرفوعا، وفي إسناده: جميع بن عمر البصري، وهو وضاع.
Diriwayatkan oleh al-Khatib daripada Ali secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Pada sanadnya terdapat Jami’ bin Umar al-Basri, seorang pemalsu hadith.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.