Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Kamu dan pengikut kamu akan berada di dalam syurga

Teks Bahasa Arab

حديث: إِنَّهُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ قَالَ لِعَلِيٍّ: أَنْتَ وَشِيعَتُكَ فِي الْجَنَّةِ.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Nabi SAW berkata pada Ali: Kamu dan pengikutmu di syurga.

Sahabat Perawi

  1. Ali RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 380, hadis no. 87. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الخطيب عن علي مرفوعا، وفي إسناده: جميع بن عمر البصري، وهو وضاع.

Diriwayatkan oleh al-Khatib daripada Ali secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Pada sanadnya terdapat Jami’ bin Umar al-Basri, seorang pemalsu hadith.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.