Kamu boleh untuk tidak diajak berjihad

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لكم أن لا تحشروا، ولا تعشروا، ولا خير في دين ليس فيه ركوع.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kamu boleh untuk tidak diajak berjihad, tidak membayar cukai/zakat. Namun tidak ada kebaikan pada agama yang tidak ada di dalamnya ruku’ (solat).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 296, hadis nombor 1558. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عثمان بن أبي العاص – رضي الله عنه – أن وفد ثقيف لما قدموا على رسول الله – صلى الله عليه وسلم – أنزلهم المسجد ليكون أرق لقلوبهم، فاشترطوا عليه أن لا يحشروا ولا يعشروا ولا يجبوا، فقال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -((لكم أن لا تحشروا، ولا تعشروا، ولا خير في دين ليس فيه ركوع)).
[د، حم، ((الضعيفة)) (4319)]

(Lemah) Daripada ‘Uthman bin Abi al-‘Ash, bahawa rombongan Bani Tsaqif ketika mereka datang kepada Rasulullah SAW, baginda menempatkan mereka di dalam masjid supaya ia lebih menjinakkan hati mereka. Lalu mereka memberi syarat kepada baginda supaya mereka tidak diarahkan untuk berjihad, membayar zakat, serta tidak disuruh untuk mendirikan solat. Maka Rasulullah S.A.W. berkata: Kamu boleh untuk tidak diajak berjihad, tidak membayar cukai/zakat. Namun tidak ada kebaikan pada agama yang tidak ada di dalamnya ruku’ (solat).
[Diriwayatkan dalam Sunan Abu Daud dan Musnad Ahmad. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 4319]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.