TEKS BAHASA ARAB
صافح أبا جهل. فقيل لأبي جهل: تصافح هذا الصابئ؟! فقال: إني لأعلم أنه لنبي؛ ولكن متى كنا تبعا لبني عبد مناف؟! قال: فنزلت {فإنهم لا يكذبونك ولكن الظالمين بآيات الله يجحدون}.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Nabi SAW pernah bersalaman dengan Abu Jahal. Lalu dikatakan kepada Abu Jahal: "Kamu bersalam dengan orang yang meninggalkan agama nenek moyangnya ini?" Dia berkata: Sesungguhnya aku tahu dia adalah nabi tetapi bilakah kita pernah menjadi pengikut Bani Abd Manaf? Baginda berkata: Lalu turun ayat: Maka janganlah kamu berdukacita kerana sebenarnya mereka bukan mendustakanmu tetapi orang-orang yang zalim itu mengingkari ayat-ayat keterangan Allah (disebabkan kedegilan mereka semata-mata).
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1588, hadis nombor 8024. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي يزيد المدني: أن النبي صلى الله عليه وسلم صافح أبا جهل. فقيل لأبي جهل: تُصَافِحُ هَذَا الصَّابِئَ؟! فَقَالَ: إِنِّي لأَعْلَمُ أَنَّهُ لَنَبِيٌّ، وَلَكِنْ مَتَى كُنَّا تَبَعًا لِبَنِي عَبْدِ مَنَافٍ؟! قال: ((فنزلت {فَإِنَّهُمْ لَا يُكَذِّبُونَكَ وَلَكِنَّ الظَّالِمِينَ بِآَيَاتِ اللَّهِ يَجْحَدُونَ} )). [ابن أبي حاتم في ((التفسير))، ابن بطة، ((الضعيفة)) (6905)].
(Lemah)
Daripada Abi Yazid al-Madani: Nabi SAW pernah bersalaman dengan Abu Jahal. Lalu dikatakan kepada Abu Jahal: "Kamu bersalam dengan orang yang meninggalkan agama nenek moyangnya ini?" Dia berkata: Sesungguhnya aku tahu dia adalah nabi tetapi bilakah kita pernah menjadi pengikut Bani Abd Manaf? Baginda berkata: ((Lalu turun ayat: Maka janganlah kamu berdukacita kerana sebenarnya mereka bukan mendustakanmu tetapi orang-orang yang zalim itu mengingkari ayat-ayat keterangan Allah (disebabkan kedegilan mereka semata-mata).))
[Riwayat Ibn Abi Hatim dalam al-Tafsir dan Ibn Battah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6905)].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.