Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
صافح أبا جهل. فقيل لأبي جهل: تُصَافِحُ هَذَا الصَّابِئَ؟! فَقَالَ: إِنِّي لأَعْلَمُ أَنَّهُ لَنَبِيٌّ، وَلَكِنْ مَتَى كُنَّا تَبَعًا لِبَنِي عَبْدِ مَنَافٍ؟! قال: فنزلت {فَإِنَّهُمْ لَا يُكَذِّبُونَكَ وَلَكِنَّ الظَّالِمِينَ بِآَيَاتِ اللَّهِ يَجْحَدُونَ}.
Teks Bahasa Melayu
Nabi SAW pernah bersalaman dengan Abu Jahal. Lalu dikatakan kepada Abu Jahal: "Kamu bersalam dengan orang yang meninggalkan agama nenek moyangnya ini?" Dia berkata: Sesungguhnya aku tahu dia adalah nabi tetapi bilakah kita pernah menjadi pengikut Bani Abd Manaf? Baginda berkata: Lalu turun ayat: Maka janganlah kamu berdukacita kerana sebenarnya mereka bukan mendustakanmu tetapi orang-orang yang zalim itu mengingkari ayat-ayat keterangan Allah (disebabkan kedegilan mereka semata-mata).
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1588, hadis no. 8024. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي يزيد المدني: أن النبي صلى الله عليه وسلم صافح أبا جهل. فقيل لأبي جهل: تُصَافِحُ هَذَا الصَّابِئَ؟! فَقَالَ: إِنِّي لأَعْلَمُ أَنَّهُ لَنَبِيٌّ، وَلَكِنْ مَتَى كُنَّا تَبَعًا لِبَنِي عَبْدِ مَنَافٍ؟! قال: ((فنزلت {فَإِنَّهُمْ لَا يُكَذِّبُونَكَ وَلَكِنَّ الظَّالِمِينَ بِآَيَاتِ اللَّهِ يَجْحَدُونَ} )). [ابن أبي حاتم في ((التفسير))، ابن بطة، ((الضعيفة)) (6905)].
(Lemah) Daripada Abi Yazid al-Madani: Nabi SAW pernah bersalaman dengan Abu Jahal. Lalu dikatakan kepada Abu Jahal: "Kamu bersalam dengan orang yang meninggalkan agama nenek moyangnya ini?" Dia berkata: Sesungguhnya aku tahu dia adalah nabi tetapi bilakah kita pernah menjadi pengikut Bani Abd Manaf? Baginda berkata: ((Lalu turun ayat: Maka janganlah kamu berdukacita kerana sebenarnya mereka bukan mendustakanmu tetapi orang-orang yang zalim itu mengingkari ayat-ayat keterangan Allah (disebabkan kedegilan mereka semata-mata).)) [Riwayat Ibn Abi Hatim dalam al-Tafsir dan Ibn Battah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6905)].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman