Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
تستشيرُ أهلَ الرأيِ ثم تُطيعُهم.
Teks Bahasa Melayu
Kamu berbincang dengan golongan yang mempunyai pendapat, kemudian kamu taat kepada mereka (tentang pendapat yang mereka berikan).
Sahabat Perawi
- Abu al-Sobah
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 211, hadis no. 1112. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Daif) Daripada Abu al-Sobah Bahawa seorang lelaki bertanya kepada Nabi SAW: Apakah yang dimaksudkan dengan ketepatan? Baginda menjawab: Kamu berbincang dengan golongan yang mempunyai pendapat, kemudian kamu taat kepada mereka (tentang pendapat yang mereka berikan). [Riwayat al-Harbi dalam al-Gharib. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4855]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman