Lemah dengan turutan ini

30/06/2024

minit bacaan



Kamu bacalah: (Allah Maha Besar) sebanyak sepuluh kali

Teks Bahasa Arab

قولي: الله أكبرُ عشرَ مِرارٍ، يقول اللهُ: هذا لي، وقولي: سبحان اللهِ عشرَ مرار، يقول: هذا لي، وقولي: اللهمَّ اغفرْ لي، يقول: قد فعلتُ، فتقولين عشرَ مرارٍ، ويقول قد فعلتُ.

Teks Bahasa Melayu

Kamu bacalah: (Allah Maha Besar) sebanyak sepuluh kali, Allah akan berkata: (Bacaan) ini adalah untuk-Ku. Dan kamu bacalah: (Maha Suci Allah) sebanyak sepuluh kali, Allah akan berkata: (Bacaan) ini adalah untuk-Ku. Dan kamu bacalah: (Wahai Allah! Ampunkanlah aku), Allah akan berfirman: Aku telah lakukan. Kamu bacakan ia sebanyak sepuluh kali, dan Allah akan berkata: Sungguh aku telah melakukannya.

Sahabat Perawi

  1. Salma Umm Bani Rafi'

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah dengan turutan ini

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2068, hadis no. 10391. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف بهذا السياق) عن سلمى أم بني رافع مولى رسول الله صلى الله عليه وسلم أنها قالت: يا رسول الله أخبرني بكلمات ولا تكثر عليَّ، فقال: قولي: (الله أكبر) عشر مرارٍ، يقول الله: هذا لي، وقولي: (سبحان الله) عشر مرار، يقول الله: هذا لي، وقولي: (اللهم! اغفر لي): يقول: فعلت، فتقولين عشر مرار، ويقول: قد فعلت. [طب، ((الضعيفة)) (6620)]

(Lemah Dengan Turutan Ini) Daripada Salmā Umm Banī Rāfi’ maula Rasulullah SAW sesungguhnya beliau berkata: Wahai Rasulullah, khabarkan kepadaku kalimat-kalimat dan janganlah memperbanyakkan ia kepadaku. Baginda bersabda: Kamu bacalah: (Allah Maha Besar) sebanyak sepuluh kali, Allah akan berkata: (Bacaan) ini adalah untuk-Ku. Dan kamu bacalah: (Maha Suci Allah) sebanyak sepuluh kali, Allah akan berkata: (Bacaan) ini adalah untuk-Ku. Dan kamu bacalah: (Wahai Allah! Ampunkanlah aku), Allah akan berfirman: Aku telah lakukan. Kamu bacakan ia sebanyak sepuluh kali, dan Allah akan berkata: Sungguh aku telah melakukannya. [Riwayat al-Tabarānī dalam al-Mu’jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6620]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.