Kamu akan sentiasa seperti orang yang solat dalam ketaatan kepada-Nya selagimana kamu mengingati Allah dalam keadaan berdiri dan duduk

TEKS BAHASA ARAB

لا تزال مصلياً قانتاً؛ ما ذكرت الله قائماً وقاعداً، أو في سوقك، أو في ناديك، أو حيثما كنت.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kamu akan sentiasa seperti orang yang solat dalam ketaatan (kepada-Nya) selagimana kamu mengingati Allah dalam keadaan berdiri dan duduk atau ketika di pasar atau di tempat kamu berhimpun atau di mana sahaja kamu berada.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1499, hadis nombor 7643. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن يحيى بن أبي كثير قال: قال – صلى الله عليه وسلم – لرجل: ((لا تزال مصلياً قانتاً؛ ما ذكرت الله قائماً وقاعداً، أو في سوقك، أو في ناديك، أو حيثما كنت)). [هب، ((الضعيفة)) (4988)].

(Lemah) Daripada Yahya bin Abi Kathir, Rasulullah SAW berkata kepada seorang lelaki: Kamu akan sentiasa seperti orang yang solat dalam ketaatan (kepada-Nya) selagimana kamu mengingati Allah ketika dalam keadaan berdiri dan duduk atau ketika di pasar atau di tempat kamu berhimpun atau di mana sahaja kamu berada. [al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman, Silsilah al-Da'ifah (4988)]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.