Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أنت تُبَيِّنُ لأمتي ما اختَلَفوا فيه من بعدي.
Teks Bahasa Melayu
Kamu akan menjelaskan kepada umatku terhadap perkara yang mereka perselisihkan selepas kewafatanku.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1277, hadis no. 6542. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس بن مالك رضي الله عنه، أن النبي صلى الله عليه وسلم قال لعلي: أنت تبين لأمتي ما اختلفوا فيه من بعدي. [ك، ((الضعيفة)) (4891)]
(Palsu) Daripada Anas bin Malik RA bahawa Nabi SAW bersabda kepada 'Ali: Kamu akan menjelaskan kepada umatku terhadap perkara yang mereka perselisihkan selepas kewafatanku. [Riwayat al-Hakim. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4891]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman