Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنكم سَتُبْتَلُونَ في أهلِ بيتي مِنْ بَعْدِي.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya kamu akan diuji pada ahli baitku (keturunan Rasulullah SAW) selepas kewafatanku.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1329, hadis no. 6785. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عمارة بن يحيى بن خالد بن عرفطة، قال: كنا عند خالد بن عرفطة يوم قتل الحسين بن علي رضي الله عنه، فقال لنا خالد: هذا ما سمعت من رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: إنكم ستبتلون في أهل بيتي من بعدي. [البزار، طب، ((الضعيفة)) (3212)]
(Lemah) Daripada 'Umarah bin Yahya bin Khalid bin 'Urfutah telah berkata: Kami pernah berada bersama Khalid bin 'Urfutah pada hari pembunuhan al-Husain bin 'Ali RA, Khalid pun berkata kepada kami: Kejadian ini adalah apa yang aku telah dengar daripada Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya kamu akan diuji pada ahli baitku (keturunan Rasulullah SAW) selepas kewafatanku. [Riwayat al-Bazzar, al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3212]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman