Kamu akan diberikan pemimpin sebagaimana perangai kamu

TEKS BAHASA ARAB

كما تكونوا يولى عليكم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kamu akan diberikan pemimpin sebagaimana perangai kamu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 975, hadis nombor 5025. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي بكرة – رضي الله عنه – مرفوعا: ((كما ‌تكونوا يولى عليكم)). [فر، هب، ابن جميع في ((معجمه))، القضاعي، ((الضعيفة)) (320)]

(Lemah) Daripada Abu Bakrah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Kamu akan diberikan pemimpin sebagaimana perangai kamu. [Riwayat al-Daylami dalam al-Firdaws, al-Bayhaqi dalam Shu‘ab al-Īmān, Ibn Jami’ dalam Mu’jamnya, dan al-Quḍa’i. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 320]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs