Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Kamu akan diberikan pemimpin sebagaimana perangai kamu

Teks Bahasa Arab

كما تَكونوا يُولَّى عليكُم.

Teks Bahasa Melayu

Kamu akan diberikan pemimpin sebagaimana perangai kamu.

Sahabat Perawi

  1. Abu Bakrah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 975, hadis no. 5025. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي بكرة – رضي الله عنه – مرفوعا: ((كما ‌تكونوا يولى عليكم)). [فر، هب، ابن جميع في ((معجمه))، القضاعي، ((الضعيفة)) (320)]

(Lemah) Daripada Abu Bakrah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Kamu akan diberikan pemimpin sebagaimana perangai kamu. [Riwayat al-Daylami dalam al-Firdaws, al-Bayhaqi dalam Shu‘ab al-Īmān, Ibn Jami’ dalam Mu’jamnya, dan al-Quḍa’i. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 320]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.