Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Kamu adalah orang pertama yang beriman denganku dan kamu juga adalah orang pertama yang akan bersalam denganku pada hari kiamat

Teks Bahasa Arab

حديث: أَنْتَ أَوَّلُ مَنْ آمَنَ بِي، وَأَنْتَ أَوَّلُ مَنْ يُصَافِحُنِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ، وَأَنْتَ الصِّدِّيقُ الأَكْبَرُ، وَأَنْتَ ألفاروق، تفرق بَيْنَ الْحَقِّ وَالْبَاطِلِ، وَأَنْتَ يَعْسُوبُ المؤمنين، والمال يعسوب الكفار.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Kamu adalah orang pertama yang beriman denganku dan kamu juga adalah orang pertama yang akan bersalam denganku pada hari kiamat. Kamu adalah Al-Siddiq yang agung, kamu adalah Al-Faruq yang membezakan antara kebenaran dan kebatilan, kamu adalah pemimpin orang-orang mukmin dan harta pula memimpin orang-orang kafir.

Sahabat Perawi

  1. Abu Zar RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 344-345, hadis no. 44. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه البزار عن أبي ذر مرفوعا، وفي إسناده: محمد بن عبيد الله بن أبي رافع متهم. وعباد: ضعيف، رافضي.

Diriwayatkan oleh al-Bazzar daripada Abu Zar secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Pada sanadnya terdapat Muhammad bin Ubaidullah bin Abi Rafi’, seorang yang dituduh berdusta. Abbad merupakan seorang yang dhaif, seorang rafidhi (puak Syiah).

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.