Kami telah diperintahkan untuk solat malam yang sedikit dan banyak

TEKS BAHASA ARAB

أمرنا أن نصلي من الليل ما قل وكثر، ونجعل آخر ذلك وترا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kami telah diperintahkan untuk solat malam yang sedikit dan banyak, dan (diperintahkan juga untuk) kami jadikan solat witir sebagai penutupnya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 303, hadis nombor 1602. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن سمرة –رضي الله عنه- ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «أمرنا أن نصلي من الليل ما قل وكثر، ونجعل آخر ذلك وترًا» [البزار، طس، ((الضعيفة)) (5284)].

(Lemah) Daripada Samurah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: “Kami telah diperintahkan untuk solat malam yang sedikit dan banyak, dan (diperintahkan juga untuk) kami jadikan solat witir sebagai penutupnya.” [Riwayat al-Bazzar dan al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5284].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs