Kami telah bangkit pada waktu pagi hari, hari ke 30 dalam keadaan kami berpuasa

TEKS BAHASA ARAB

أصبحنا يوم الثلاثين صياما، وكان الشهر قد أغمي علينا، فأتينا النبي صلى الله عليه وسلم فأصبناه مفطرا، فقلنا: يا نبي الله! صمنا اليوم. فقال: ” أفطروا، إلا أن يكون رجل يصوم هذا اليوم فليتم صومه، لأن أفطر يوما من رمضان يتمارى فيه أحب إلي من (أن) أصوم يوما من شعبان ليس منه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kami telah bangkit pada waktu pagi hari, hari ke 30 dalam keadaan kami berpuasa, dan pada waktu tersebut cuaca dalam keadaan mendung terhadap kami, maka kami telah menemui Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, lalu kami mendapati baginda dalam keadaan tidak berpuasa, lalu kami berkata: Wahai Nabi Allah, sesungguhnya kami telah berpuasa pada hari ini. Maka baginda berkata: Berbukalah kalian, kecuali bagi lelaki yang biasa berpuasa pada hari ini maka sempurnakanlah puasanya. Aku berbuka puasa pada satu hari daripada Ramadhan yang telah berselisih padanya lebih aku sukai daripada aku berpuasa satu hari dalam bulan Sya’ban yang mana bukan daripadanya (Ramadhan).

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 130-131, hadis nombor 170. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

يعني: ليس من رمضان. قال ابن الجوزي: لا أصل له عن رسول الله صلى الله عليه وسلم ولا ذكره أحد ممن ترخص في ذكر الأحاديث الضعاف، وإنما هو في ” نسخة يعلى بن الأشدق ” وهي موضوعة. قال البخاري: يعلى لا يكتب حديثه. وقال ابن حبان: لا تحل الرواية عنه بحال.

Iaitu: bukan daripada bulan Ramadhan. Ibnu Jauzi telah berkata: Hadis ini tidak ada asalnya daripada Rasulullah sallallahhu ‘alaihi wasallam dan tidak dinyatakan daripada mana-mana para ulama hadis dan sesungguhnya hadis ini disebutkan di dalam nuskhah Ya’la bin al-Asydaq dan nuskhah tersebut palsu. Al-Bukhari telah berkata: Ya’la tidak ditulis hadisnya. Ibnu Hibban telah berkata: Tidak halal riwayat daripadanya.

RUJUKAN

Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs