Kami pernah menunaikan solat zuhur bersama Rasulullah ﷺ pada waktu panas terik

TEKS BAHASA ARAB

كنا نصلي مع رسول الله ﷺ صلاة الظهر بالهاجرة، فقال لنا: أبردوا بالصلاة فإن شدة الحر من فيح جهنم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kami pernah menunaikan solat zuhur bersama Rasulullah ﷺ pada waktu panas terik, lalu baginda bersabda kepada kami: "Kalian tunggulah sehingga keadaan menjadi sejuk untuk menunaikan solat, kerana sesungguhnya panas yang melampau itu dari gelojak api neraka jahanam".

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 353, hadis nombor 1868. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف بهذا السياق) عن المغيرة بن شعبة – رضي الله عنه -، قال: «كُنَّا نُصلِّي مع رسولِ اللهِ ﷺَ صلاةَ الظُّهرِ بالهَاجِرَةِ، فقال لنا: أَبْرِدُوا بالصَّلَاةِ فإنَّ شِدَّةَ الحَرِّ مِن فَيْحِ جَهَنَّمَ». [هـ، ابن أبي حاتم في «العلل»، حب، الطحاوي، هق، حم، «الضعيفة» (949)].

(Lemah Dengan Konteks Ini) Daripada al-Mughirah bin Shu‘bah RA, beliau berkata: Kami pernah menunaikan solat zuhur bersama Rasulullah ﷺ pada waktu panas terik, lalu baginda bersabda kepada kami: "Kalian tunggulah sehingga keadaan menjadi sejuk untuk menunaikan solat, kerana sesungguhnya panas yang melampau itu dari gelojak api neraka jahanam". [Diriwayatkan oleh Ibn Majah dalam Sunannya, Ibn Abu Hatim dalam al-‘Ilal, Ibn Hibban dalam Sahihnya, al-Tahawi dalam Syarh al-Ma‘ani, al-Bayhaqi dalam Sunannya dan Ahmad dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 949].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs