Kami pernah bersama Rasulullah SAW dalam sebuah permusafiran

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كنا مع رسول الله – صلى الله عليه وسلم – في سفر، وحاد يحدو:
طاف الخيالان فهاجا سقما خيال تكنى وخيال تكتما
قامت تريك خشية أن تصرما ساقا بخنداة وكعبا أدرما
والنبي – صلى الله عليه وسلم – لا ينكر ذلك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kami pernah bersama Rasulullah SAW dalam sebuah permusafiran, ada seorang penyair mendendangkan syair:
“Dua insan sedang mengelilingi (sesuatu), lantas kedua-duanya mengadu kesakitan,
Insan pertama yang diberi nama, insan yang satu lagi disembunyikan,
Salah satunya bangkit menunjukkan dirimu rasa takutnya dari disakiti,
Betisnya yang gemuk berisi, jua buku lalinya yang tiada isi.”
Dan Nabi SAW sama sekali tidak mengingkari perkara tersebut.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1034, hadis nombor 5298. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي هريرة – رضي الله عنه -، قال: كنا مع رسول الله – صلى الله عليه وسلم – في سفر، وحاد يحدو:
طاف الخيالان فهاجا سقما خيال تكنى وخيال تكتما
قامت تريك خشية أن تصرما ساقا بخنداة وكعبا أدرما
والنبي لا ينكر ذلك. [عد، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (6513)].

(Munkar)
Daripada Abu Hurairah RA (beliau) berkata: Kami pernah bersama Rasulullah SAW dalam sebuah permusafiran, ada seorang penyair mendendangkan syair:
“Dua insan sedang mengelilingi (sesuatu), lantas kedua-duanya mengadu kesakitan,
Insan pertama yang diberi nama, insan yang satu lagi disembunyikan,
Salah satunya bangkit menunjukkan dirimu rasa takutnya dari disakiti,
Betisnya yang gemuk berisi, jua buku lalinya yang tiada isi.”
Dan Nabi SAW sama sekali tidak mengingkari perkara tersebut.
[Riwayat Ibn ‘Adi di dalam al-Kamil fi al-Du’afa’ dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah; no. 6513].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.