Kami pernah berada dalam halaqah ‘Umar sambil bertukar pandangan

TEKS BAHASA ARAB

كنا جلوسا في حلقة عمر، نتذاكر فضائل القرآن إذ قال رجل: خاتمة براءة، وقال آخر: خاتمة بني إسرائيل، وقال آخر: خاتمة {كهيعص}، وقال آخر: خاتمة {يس} و {تبارك}، وفي القوم علي بن أبي طالب لا يحير جوابا؛ إذ، قال: يا أمير المؤمنين! فأين أنت عن آية الكرسي؟ فقال عمر: يا أبا حسن! حدثنا بما سمعت فيها عن رسول الله ﷺ فقال: قال رسول الله ﷺ: ((سيد الناس آدم، وسيد العرب محمد، وسيد الرّوم صهيب، وسيد الفرس سلمان، وسيد الحبشة بلال، وسيد الجبال طور سيناء، وسيد الشجر السدر، وسيد الأشهر المحرم، وسيد الأيام يوم الجمعة، وسيد الكلام القرآن، وسيد القرآن البقرة، وسيد البقرة آية الكرسي، أما إن فيها خمس كلمات، في كل كلمة خمسون بركة)).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kami pernah berada dalam halaqah ‘Umar sambil bertukar pandangan berkaitan kelebihan-kelebihan al-Quran, lalu seorang lelaki berkata: Ia akhir surah al-Bara’ah, lelaki lain juga berkata: Ia penutup Bani Israil. Berkata lagi lelaki lain: Ia akhir surah {Kaf Ha Ya ‘Ain Sad}, berkata lagi lelaki lain: Ia akhir surah (Yasin) dan surah (Tabaraka). ‘Ali bin Abi Talib tidak merespon kepada kaum tersebut. Tiba-tiba beliau (‘Ali) berkata: Wahai Amirul Mukminin! Bagaimana kamu mengenai Ayat Kursi? Maka ‘Umar menjawab: Wahai Abu al-Hasan (merujuk kepada ‘Ali)! Ceritakanlah kepada kami daripada apa yang engkau telah dengar daripada Rasulullah SAW, maka beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Penghulu manusia ialah Adam, penghulu bangsa Arab ialah Muhammad, penghulu bangsa Rum ialah Ṣuhaib, penghulu bangsa Parsi ialah Salman, penghulu bangsa al-Habsyah ialah Bilal, penghulu bukit ialah Gunung Sinai, penghulu pokok ialah pokok bidara, penghulu bulan ialah bulan Muharam, penghulu hari ialah hari Jumaat, penghulu kalam ialah al-Quran, penghulu al-Quran ialah surah al-Baqarah, penghulu surah al-Baqarah ialah Ayat Kursi. Walaupun dalamnya hanya ada lima perkataan, tetap bagi setiap perkataan itu 50 keberkatan.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1841, hadis nombor 9284. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن رجل، قال: كنا جلوسا في حلقة عمر، نتذاكر فضائل القرآن إذ قال رجل: خاتمة براءة، وقال آخر: خاتمة بني إسرائيل، وقال آخر: خاتمة {كهيعص}، وقال آخر: خاتمة {يس} و {تبارك}، وفي القوم علي بن أبي طالب لا يحير جوابا؛ إذ، قال: يا أمير المؤمنين! فأين أنت عن آية الكرسي؟ فقال عمر: يا أبا حسن! حدثنا بما سمعت فيها عن رسول الله ﷺ فقال: قال رسول الله ﷺ: ((سيد الناس آدم، وسيد العرب محمد، وسيد الرّوم صهيب، وسيد الفرس سلمان، وسيد الحبشة بلال، وسيد الجبال طور سيناء، وسيد الشجر السدر، وسيد الأشهر المحرم، وسيد الأيام يوم الجمعة، وسيد الكلام القرآن، وسيد القرآن البقرة، وسيد البقرة آية الكرسي، أما إن فيها خمس كلمات، في كل كلمة خمسون بركة)). [فر، ((الضعيفة)) (٣٧٢٨)]

(Palsu) Daripada seorang lelaki, dia berkata: Kami pernah berada dalam halaqah ‘Umar sambil bertukar pandangan berkaitan kelebihan-kelebihan al-Quran, lalu seorang lelaki berkata: Ia akhir surah al-Bara’ah, lelaki lain juga berkata: Ia penutup Bani Israil. Berkata lagi lelaki lain: Ia akhir surah {Kaf Ha Ya ‘Ain Sad}, berkata lagi lelaki lain: Ia akhir surah (Yasin) dan surah (Tabaraka). ‘Ali bin Abi Talib tidak merespon kepada kaum tersebut. Tiba-tiba beliau (‘Ali) berkata: Wahai Amirul Mukminin! Bagaimana kamu mengenai Ayat Kursi? Maka ‘Umar menjawab: Wahai Abu al-Hasan (merujuk kepada ‘Ali)! Ceritakanlah kepada kami daripada apa yang engkau telah dengar daripada Rasulullah SAW, maka beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: "Penghulu manusia ialah Adam, penghulu bangsa Arab ialah Muhammad, penghulu bangsa Rum ialah Ṣuhaib, penghulu bangsa Parsi ialah Salman, penghulu bangsa al-Habsyah ialah Bilal, penghulu bukit ialah Gunung Sinai, penghulu pokok ialah pokok bidara, penghulu bulan ialah bulan Muharam, penghulu hari ialah hari Jumaat, penghulu kalam ialah al-Quran, penghulu al-Quran ialah surah al-Baqarah, penghulu surah al-Baqarah ialah Ayat Kursi. Walaupun dalamnya hanya ada lima perkataan, tetap bagi setiap perkataan itu 50 keberkatan." [Riwayat al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3728]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs