Kami pergi menemui Rasulullah SAW sedang baginda membina sebuah binaan miliknya

TEKS BAHASA ARAB

لا تيأسا من الخير ما تهزهزت رؤوسكما؛ فإن كل مولود يولد أحمر، ليس عليه قشرة؛ ثم يرزقه الله ويعطيه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Janganlah kamu berdua berputus asa daripada kebaikan selagi kepala kamu berdua bergerak (selama mana kamu hidup), kerana sesungguhnya setiap yang lahir dilahirkan dalam keadaan merah, tiada padanya balutan nipis pun, kemudian Allah merezekikannya dan memberi kurniaanNya kepadanya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 496, hadis nombor 2661. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن حبة بن خالد وسواء بن خالد -رضي الله عنهما- قالا: قدمنا على رسول الله صلى الله عليه وسلم وهو يبني بناء له، فأعناه عليه حتى فرغ منه، فعلمنا، فكان فيما علمنا: ((لا تيأسا من الخير ما تهزهزت رؤوسكما؛ فإن كل مولود يولد أحمر، ليس عليه قشرة؛ ثم يرزقه الله ويعطيه)). [ه، حب، حم، ابن سعد، خد، طب، الواحدي في ((تفسيره))، ((الضعيفة)) (4798)].

(Lemah)
Daripada Hibbah bin Khalid dan Sawwa’ bin Khalid RA, mereka berdua berkata: Kami pergi menemui Rasulullah SAW ketika baginda sedang membina sebuah binaan miliknya, lalu kami membantunya sehingga baginda selesai darinya, lalu baginda mengajarkan sesuatu kepada kami. Antara perkara yang baginda ajar kami ialah:Janganlah kamu berdua berputus asa daripada kebaikan selagi kepala kamu berdua bergerak (selama mana kamu hidup), kerana sesungguhnya setiap yang lahir dilahirkan dalam keadaan merah, tiada padanya balutan nipis pun, kemudian Allah merezekikannya dan memberi kurniaanNya kepadanya.
[Riwayat Ibn Majah, Ibn Hibban, Ahmad, Ibn Sa‘d, al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad, al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir dan al-Wahidi dalam Tafsirnya. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4798].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs