Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا تيْأسا من الخيرِ ما تهزْهزتْ رؤُوسُكما؛ فإنَّ كلَّ مولودٍ يولدُ أحمرُ، ليس عليهِ قشرةٌ؛ ثمَّ يرزقُه اللهُ ويعطيهِ.
Teks Bahasa Melayu
Janganlah kamu berdua berputus asa daripada kebaikan selagi kepala kamu berdua bergerak, kerana sesungguhnya setiap yang lahir dilahirkan merah, tiada padanya kulit nipis, kemudian Allah merezekikannya dan memberinya.
Sahabat Perawi
- Hibbah bin Khalid
- Sawwa’ bin Khalid RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 496, hadis no. 2661.
(ضعيف) عن حبة بن خالد وسواء بن خالد -رضي الله عنهما- قالا: قدمنا على رسول الله صلى الله عليه وسلم وهو يبني بناء له، فأعناه عليه حتى فرغ منه، فعلمنا، فكان فيما علمنا: ((لا تيأسا من الخير ما تهزهزت رؤوسكما؛ فإن كل مولود يولد أحمر، ليس عليه قشرة؛ ثم يرزقه الله ويعطيه)). [ه، حب، حم، ابن سعد، خد، طب، الواحدي في ((تفسيره))، ((الضعيفة)) (4798)].
(Lemah) Daripada Hibbah bin Khalid dan Sawwa’ bin Khalid RA, mereka berdua berkata: Kami pergi menemui Rasulullah SAW sedang baginda membina sebuah binaan miliknya, lalu kami membantunya sehingga baginda selesai darinya, lalu baginda mengajar kami. Antara perkara yang baginda ajar kami ialah: Janganlah kamu berdua berputus asa daripada kebaikan selagi kepala kamu berdua bergerak, kerana sesungguhnya setiap yang lahir dilahirkan merah, tiada padanya kulit nipis, kemudian Allah merezekikannya dan memberinya. [Riwayat Ibn Majah, Ibn Hibban, Ahmad, Ibn Sa‘d, al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad, al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir dan al-Wahidi dalam Tafsirnya. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4798].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman