Kami mengadu kepada Rasulullah SAW tentang panas pada dahi dan tapak tangan kami

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

شكونا إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم شدة الحر في جباهنا وأكفنا، فلم يشكنا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kami mengadu kepada Rasulullah SAW tentang panas pada dahi dan tapak tangan kami. Namun baginda tidak melayan aduan kami.

STATUS

Munkar Dengan Lafaz Yang Penuh

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 297, hadis nombor 1565. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا التمام) الخباب بن الأرت – رضي الله عنه -، قال: ((شكونا إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم شدة الحر في جباهنا وأكفنا، فلم يشكنا)).
[هق، تخ، ((الضعيفة)) (4813)]

(Munkar Dengan Lafaz Yang Penuh) Daripada Khabbab bin al-Art RA beliau berkata: Kami mengadu kepada Rasulullah SAW tentang panas pada dahi dan tapak tangan kami. Namun baginda tidak melayan aduan kami.
[Riwayat Sunan al-Kubra oleh al-Baihaqi dan Tarikh al-Kabir oleh al-Bukhari. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 4813]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.