Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Kami mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sebaik-sebaik manusia selepas aku dari kalangan umatku ialah Abu Bakar dan Umar

Teks Bahasa Arab

سمعنا رَسولَ اللهِ ﷺ يقول: خيرُ أمتي بعدِي أبو بكْرٍ وعمرَ -رضي الله عنهما-.

Teks Bahasa Melayu

Kami mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sebaik-sebaik manusia selepas aku dari kalangan umatku ialah Abu Bakar dan Umar.

Sahabat Perawi

  1. Ali RA
  2. al-Zubayr RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1837, hadis no. 9258. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن علي والزبير -رضي الله عنهما-، قالا: سمعنا رسول الله ﷺ يقول: خير أمتي بعدي أبو بكر وعمر. -رضي الله عنهما- . [ابن عساکر، (الضعيفة) ( 3573)].

(Lemah) Daripada Ali dan Zubair RA mereka berkata: Kami mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sebaik-sebaik manusia selepas aku dari kalangan umatku ialah Abu Bakar dan Umar. [Riwayat Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3573].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.