Kami ketika zaman Rasulullah SAW, sedikit sekali kami mempunyai makanan

TEKS BAHASA ARAB

كنا زمان رسول الله صلى الله عليه وسلم، وقليل ما نجد الطعام، فإذا نحن وجدناه؛ لم يكن لنا مناديل؛ إلا أكفنا وسواعدنا وأقدامنا، ثم نصلي ولا نتوضأ.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kami ketika zaman Rasulullah SAW, sedikit sekali kami mempunyai makanan. Oleh itu, apabila kami mempunyai makanan dan kami tidak mempunyai sapu tangan kecuali tapak-tapak tangan kami, lengan-lengan kami dan kaki-kaki kami (sebagai sapu tangan), kami pun solat dan kami tidak berwuduk.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1218, hadis nombor 6205. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن جابر بن عبد الله رضي الله عنهما، قال: كنا زمان رسول الله صلى الله عليه وسلم، وقليل ما نجد الطعام، فإذا نحن وجدناه؛ لم يكن لنا مناديل؛ إلا أكفنا وسواعدنا وأقدامنا، ثم نصلي ولا نتوضأ.
[هـ، ((الضعيفة)) (5675)].

(Lemah)
Daripada Jabir bin ‘Abdillah RA, katanya: Kami ketika zaman Rasulullah SAW, sedikit sekali kami mempunyai makanan. Oleh itu, apabila kami mempunyai makanan dan kami tidak mempunyai sapu tangan kecuali tapak-tapak tangan kami, lengan-lengan kami dan kaki-kaki kami (sebagai sapu tangan), kami pun solat dan kami tidak berwudu.
[Riwayat Ibn Majah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5675]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.