Daif

30/06/2024

minit bacaan



Kami keluar bersama Rasulullah SAW menunaikan haji, sehingga kami sampai ke al-Arj Rasulullah SAW turun

Teks Bahasa Arab

انظُروا إلى هذا المحرِمِ وما يصنعُ.

Teks Bahasa Melayu

Lihatlah kepada orang yang berihram ini, apakah yang sedang dilakukannya.

Sahabat Perawi

  1. Asma binti Abu Bakar RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 743, hadis no. 3803. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أسماء بنت أبي بكر -رضي الله عنها -، قالت: خرجنا مع رسول الله ﷺ حجاجا، حتى إذنا كنا بالعرج نزل رسول الله ﷺ، فجلست عائشة إلى جنب رسول الله ﷺ، وجلست إلى جنب أبي، وكانت زمالة رسول الله ﷺ وزمالة أبي بكر واحدة مع غلام أبي بكر، فجلس أبو بكر ينتظره أن يطلع عليه فطلع، وليس معه بعيره، فقال: أين بعيرك؟ قال: قد أضللته البارحة، فقال أبو بكر: بعير واحد تضله، فطفق يضربه ورسول الله يتبسم ويقول: «انظروا إلى هذا المحرم وما يصنع». [د، هـ، حم، ابن خزيمة، هق، «الضعيفة» (4039)]

(Daif) Daripada Asma binti Abu Bakar RA berkata: Kami keluar bersama Rasulullah SAW menunaikan haji, sehingga kami sampai ke al-Arj Rasulullah SAW turun, lalu Aisyah duduk di sisi Rasulullah SAW, lalu aku duduk di sisi ayahku, tunggangan Rasulullah SAW ada seekor dan tunggangan Abu Bakar ada seekor bersama hamba Abu Bakar, lalu Abu Bakar menunggunya untuk dia muncul padanya, lalu dia muncul, namun untanya tidak bersamanya. Dia bertanya: Di manakah untamu? Dia berkata: Untaku telah hilang, Abu Bakar berkata: Seekor unta boleh engkau hilangkan? Lalu dia hampir memukulnya dan Rasulullah SAW tersenyum dan berkata: “Lihatlah kepada orang yang berihram ini, apakah yang sedang dilakukannya.” [Riwayat Sunan Abi Daud, Sunan Ibn Majah, Musnad Ahmad bin Hanbal, Ibn Khuzaimah dalam Sahihnya, al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4039]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.