Kami duduk bersama salah seorang dari sahabat Rasulullah SAW yang bernama Khasfah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

جلسنا إلى رجل من أصحاب النبي – صلى الله عليه وسلم – يقال له: خصفة – أو: ابن خصفة -، فجعل ينظر إلى رجل سمين، فقلت له: ما تنظر إليه؟ فقال: ذكرت حديثا سمعته من رسول الله – صلى الله عليه وسلم -؛ سمعته يقول: ((هل تدرون ما الشديد؟)). قلت: الرجل يصرع الرجل. قال: ((إن الشديد كل الشديد الذي يملك نفسه عند الغضب. تدرون ما الرقوب؟)) قلنا: الرجل لا يولد له. قال: ((إن الرقوب الرجل له الولد، لم يقدم منهم شيئا)). قال: ((تدرون ما الصعلوك؟)) قال: قلنا: ((الرجل الذي لا مال له)). قال: ((إن الصعلوك كل الصعلوك الرجل له المال لم يقدم منه شيئا)).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kami duduk bersama salah seorang dari sahabat Rasulullah SAW yang bernama Khasfah atau anak Khasfah. Tiba-tiba dia melihat seorang lelaki yang gemuk. Aku berkata padanya: “Apa yang kamu lihat?”. Dia berkata: “Aku teringat sebuah hadith yang aku dengar dari Rasulullah SAW. Aku mendengar baginda SAW bersabda: “Adakah kalian tahu apakah itu kuat?”. Aku menjawab: “Lelaki yang mengalahkan lelaki lain”. Baginda bersabda:” Sesungguhnya kekuatan yang paling kuat ialah orang yang mampu menahan dirinya ketika marah. Kalian tahukah apa itu mandul?”. Kami menjawab: “Mandul itu ialah lelaki yang tidak dikurniakan anak”. Baginda SAW bersabda: “Sesungguhnya mandul itu ialah lelaki yang mempunyai anak tetapi dia tidak memberikan apa-apa pun daripadanya”. Baginda SAW bersabda lagi: “Kalian tahukah apa maksud miskin?”. Kami menjawab: “Miskin ialah lelaki yang tidak mempunyai harta”. Baginda SAW menjawab: “Sesungguhnya kemiskinan itu ialah lelaki yang mempunyai harta tetapi dia tidak memberikan apa-apa pun darinya”.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 970, hadis nombor 5004. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن المغيرة بن عبد الله الجعفي، قال: جلسنا إلى رجل من أصحاب النبي – صلى الله عليه وسلم – يقال له: خصفة – أو: ابن خصفة -، فجعل ينظر إلى رجل سمين، فقلت له: ما تنظر إليه؟ فقال: ذكرت حديثا سمعته من رسول الله – صلى الله عليه وسلم -؛ سمعته يقول: ((هل تدرون ما الشديد؟)). قلت: الرجل يصرع الرجل. قال: ((إن الشديد كل الشديد الذي يملك نفسه عند الغضب. تدرون ما الرقوب؟)) قلنا: الرجل لا يولد له. قال: ((إن الرقوب الرجل له الولد، لم يقدم منهم شيئا)). قال: ((تدرون ما الصعلوك؟)) قال: قلنا: ((الرجل الذي لا مال له)). قال: ((إن الصعلوك كل الصعلوك الرجل له المال لم يقدم منه شيئا)).
[هب، ((الضعيفة)) (6740)].

(Munkar)
Daripada al-Mughirah bin ’Abdullah al-Ju’fiyy berkata: Kami duduk bersama salah seorang dari sahabat Rasulullah SAW yang bernama Khasfah atau anak Khasfah. Tiba-tiba dia melihat seorang lelaki yang gemuk. Aku berkata padanya: “Apa yang kamu lihat?”. Dia berkata: “Aku teringat sebuah hadith yang aku dengar dari Rasulullah SAW. Aku mendengar baginda SAW bersabda: “Adakah kalian tahu apakah itu kuat?”. Aku menjawab: “Lelaki yang mengalahkan lelaki lain”. Baginda bersabda:” Sesungguhnya kekuatan yang paling kuat ialah orang yang mampu menahan dirinya ketika marah. Kalian tahukah apa itu mandul?”. Kami menjawab: “Mandul itu ialah lelaki yang tidak dikurniakan anak”. Baginda SAW bersabda: “Sesungguhnya mandul itu ialah lelaki yang mempunyai anak tetapi dia tidak memberikan apa-apa pun daripadanya”. Baginda SAW bersabda lagi: “Kalian tahukah apa maksud miskin?”. Kami menjawab: “Miskin ialah lelaki yang tidak mempunyai harta”. Baginda SAW menjawab: “Sesungguhnya kemiskinan itu ialah lelaki yang mempunyai harta tetapi dia tidak memberikan apa-apa pun darinya”.
[Riwayat al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 6740].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.