Kami diperintahkan untuk memohon keampunan daripada Allah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أمرنا أن نستغفر بالأسحار سبعين مرة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kami diperintahkan untuk memohon keampunan daripada Allah pada waktu sahur atau pada waktu subuh sebanyak 70 kali.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2020, hadis nombor 10156. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أنس بن مالك – رضي الله عنه –، قال: أمرنا أن نستغفر بالأسحار سبعين مرة.
[طس، ((الضعيفة)) (4410)]

(Lemah)
Daripada Anas bin Malik RA, katanya: Kami diperintahkan untuk memohon keampunan daripada Allah pada waktu sahur atau pada waktu subuh sebanyak 70 kali.
[Riwayat al-Tabarani dalam Mu'jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 4410]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.