Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أُمِرنا أن نستغفرَ بالأسحارِ سبعينَ مرةً.
Teks Bahasa Melayu
Kami diperintahkan untuk memohon keampunan daripada Allah pada waktu sahur atau pada waktu subuh sebanyak 70 kali.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2020, hadis no. 10156. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس بن مالك – رضي الله عنه –، قال: أمرنا أن نستغفر بالأسحار سبعين مرة. [طس، ((الضعيفة)) (4410)]
(Lemah) Daripada Anas bin Malik RA, katanya: Kami diperintahkan untuk memohon keampunan daripada Allah pada waktu sahur atau pada waktu subuh sebanyak 70 kali. [Riwayat al-Tabarani dalam Mu'jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 4410]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman