Kami diperintahkan untuk memerangi orang yang melanggar perjanjian

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أمرنا بقتال الناكثين القاسطين والمارقين مع علي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kami diperintahkan untuk memerangi orang yang melanggar perjanjian, orang yang memusuhi kebenaran dan orang yang keluar dari Islam bersama Ali.

STATUS

(Terdapat perawi bermasalah pada sanadnya)

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 97. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وَفِي الْوَجِيز أَبُو أَيُّوب «أُمِرْنَا بِقِتَالِ النَّاكِثِينَ الْقَاسِطِينَ وَالْمَارِقِينَ مَعَ عَليّ» فِيهِ إصبغ مَتْرُوك وَابْن الخرور ذَاهِب قلت لَهُ طَرِيقَانِ وَورد عَن ابْن مَسْعُود وَأبي سعيد «أَوَّلُكُمْ وُرُودًا عَلَيَّ الْحَوْضَ أَوَّلُكُمْ إسلاما عَليّ» فِيهِ أَبُو مُعَاوِيَة الزَّعْفَرَانِي كَذَّاب وَتَابعه سيف بن مُحَمَّد وَهُوَ شَرّ مِنْهُ.

Dalam kitab al-Wajiz menyebut: Daripada Abu Ayyub:
Maksudnya: “Kami diperintahkan untuk memerangi orang yang melanggar perjanjian, orang yang memusuhi kebenaran dan orang yang keluar dari Islam bersama Ali.”
Dalam sanadnya terdapat Isbagh. Beliau adalah perawi matruk. Ibn al-Kharur pula adalah perawi yang hilang hafalannya. Saya katakan: Ia mempunyai dua jalur periwayatan. Satunya daripada Ibn Mas’ud dan satu lagi daripada Abu Sa’id. Maksudnya: “Orang yang paling awal antara kalian yang minum dari telagaku adalah orang yang paling awal memeluk Islam iaitu Ali.” Dalam sanadnya terdapat Abu Mu’awiyah al-Za’farani. Beliau adalah seorang pendusta. Riwayat beliau disokong oleh Saif Bin Muhammad. Beliau lagi teruk dari Abu Mu’awiyah.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.