Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Kami diperintahkan untuk memerangi golongan pengkhianat, pelaku zalim dan golongan murtad bersama Ali RA

Teks Bahasa Arab

حديث: أُمِرْنَا بِقِتَالِ النَّاكِثِينَ، وَالْقَاسِطِينَ، وَالْمَارِقِينَ مع علي رضي الله عنه.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Kami diperintahkan untuk memerangi golongan pengkhianat, pelaku zalim dan golongan murtad bersama Ali RA.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Mas'ud RA
  2. Abu Sa'id al-Khudri RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 383, hadis no. 97. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

في إسناده: متروكان، وهو من قول أبي أيوب، وروى عن ابن مسعود، وأبي سعيد، رضي الله عنهما.

Pada sanadnya terdapat dua orang perawi yang matruk (ditinggalkan riwayatnya). Ia adalah daripada kata-kata Abu Ayub. Ianya diriwayatkan juga daripada Ibn Mas’ud RA dan Abu Sa'id RA.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.