Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Kami dilarang daripada memburu anjing orang Majusi (penyembah api) dan burungnya

Teks Bahasa Arab

نُهينا عن صيدِ كَلبِ المجوسيِّ وطائرِهِ.

Teks Bahasa Melayu

Kami dilarang daripada memburu anjing orang Majusi (penyembah api) dan burungnya.

Sahabat Perawi

  1. Jabir RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 594, hadis no. 3061.

(ضعيف) عن جابر –رضي الله عنه– مرفوعا: ((نهينا عن صيد ‌كلب ‌المجوسي وطائره)). [ت، هق، ((الضعيفة)) (540)].

(Lemah) Daripada Jabir RA secara marfu’ (dinisbahkan kepada Nabi SAW): Kami dilarang daripada memburu anjing orang Majusi (penyembah api) dan burungnya. [Diriwayatkan oleh al-Tirmidzi dalam Sunannya dan al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 540].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.