Kami datang menemui Abu Ayyub al-Ansari RA ketika kepulangannya dari perang Siffin

TEKS BAHASA ARAB

يا عمار بن ياسر! إن رأيت عليا قد سلك واديا وسلك الناس واديا غيره؛ فاسلك مع علي؛ فإنه لن يدلك على ردى، ولن يخرجك من هدى.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kami datang menemui Abu Ayyub al-Ansari RA ketika kepulangannya dari perang Siffin. (Maka perawi menyebutkan kisah dan padanya ada dinyatakan): Dan aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda kepada ‘Ammar: "Wahai ‘Ammar bin Yasir! Sekiranya engkau melihat ‘Ali berjalan di satu lembah dan orang-orang lain berjalan mengikuti lembah yang lain, engkau berjalanlah dengan Ali. Sesungguhnya dia tidak akan memandu engkau menuju kecelakaan dan tidak akan keluarkan engkau dari petunjuk."

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1887, hadis nombor 9505. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن علقمة والأسود قالا: أتينا أبا أيوب الأنصاري عند منصرفه من صفين … (فذكر قصة؛ وفيه قال) وسمعت رسول الله – صلى الله عليه وسلم – يقول لعمار: ((يا عمار بن ياسر! إن رأيت عليا قد سلك واديا وسلك الناس واديا غيره؛ فاسلك مع علي؛ فإنه لن يدلك على ردى، ولن يخرجك من هدى)). [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4896)]

(Palsu) Daripada ‘Alqamah dan Aswad, mereka berdua menceritakan: Kami datang menemui Abu Ayyub al-Ansari RA ketika kepulangannya dari perang Siffin. (Maka perawi menyebutkan kisah dan padanya ada dinyatakan): Dan aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda kepada ‘Ammar: "Wahai ‘Ammar bin Yasir! Sekiranya engkau melihat ‘Ali berjalan di satu lembah dan orang-orang lain berjalan mengikuti lembah yang lain, engkau berjalanlah dengan Ali. Sesungguhnya dia tidak akan memandu engkau menuju kecelakaan dan tidak akan keluarkan engkau dari petunjuk." [Riwayat Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4896]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.