Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يا عمارُ بنَ ياسرٍ! إن رأيتَ عَلِيًّا قد سلك وادِيًا وسلك الناسُ وادِيًا غيرَه، فاسلُكْ مع عَلِيٍّ ؛ فإنه لن يَدُلُّكَ على رَدِىٍّ، ولن يُخرِجَك من هُدًى.
Teks Bahasa Melayu
Kami datang menemui Abu Ayyub al-Ansari RA ketika kepulangannya dari perang Siffin. (Maka perawi menyebutkan kisah dan padanya ada dinyatakan): Dan aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda kepada 'Ammar: "Wahai 'Ammar bin Yasir! Sekiranya engkau melihat 'Ali berjalan di satu lembah dan orang-orang lain berjalan mengikuti lembah yang lain, engkau berjalanlah dengan Ali. Sesungguhnya dia tidak akan memandu engkau menuju kecelakaan dan tidak akan keluarkan engkau dari petunjuk."
Sahabat Perawi
- Abu Ayyub al-Ansari RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1887, hadis no. 9505. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن علقمة والأسود قالا: أتينا أبا أيوب الأنصاري عند منصرفه من صفين ... (فذكر قصة؛ وفيه قال) وسمعت رسول الله - صلى الله عليه وسلم - يقول لعمار: ((يا عمار بن ياسر! إن رأيت عليا قد سلك واديا وسلك الناس واديا غيره؛ فاسلك مع علي؛ فإنه لن يدلك على ردى، ولن يخرجك من هدى)). [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4896)]
(Palsu) Daripada ‘Alqamah dan Aswad, mereka berdua menceritakan: Kami datang menemui Abu Ayyub al-Ansari RA ketika kepulangannya dari perang Siffin. (Maka perawi menyebutkan kisah dan padanya ada dinyatakan): Dan aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda kepada 'Ammar: "Wahai 'Ammar bin Yasir! Sekiranya engkau melihat 'Ali berjalan di satu lembah dan orang-orang lain berjalan mengikuti lembah yang lain, engkau berjalanlah dengan Ali. Sesungguhnya dia tidak akan memandu engkau menuju kecelakaan dan tidak akan keluarkan engkau dari petunjuk." [Riwayat Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4896]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman